Kajian Mendapati Tidur Berlebihan Boleh Memberikan Kesan Negatif Kepada Otak

February 27, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Berdasarkan perkongsian Journal of Epidemiology & Community Health, individu yang menghabiskan lebih banyak masa untuk tidur, duduk atau melakukan pergerakan ringan sahaja dikaitkan dengan kesan negatif pada otak. Ini kerana tempoh tidur yang panjang dan berlebihan bukan sahaja boleh mencederakan otak tetapi turut akan membawa kepada gangguan ingatan dan pemikiran.

Sebelum ini, Tajria telah berkongsikan kepada anda kesan ke atas individu yang mempunyai corak tidur yang buruk boleh menjejaskan tahap kesihatan dan berpotensi mengakibatkan aterosklerosis. Tetapi tahukah anda bahawa tidur yang berlebihan juga adalah tabiat tidur yang tidak sihat oleh individu?

Tidur sembilan jam atau lebih (tidur panjang) dikaitkan dengan masalah kognitif, terutamanya dalam membuat keputusan. Apabila individu tidur, tubuh akan membantu otak kita mengeluarkan protein berbahaya yang terkumpul pada siang hari.

Jadi sekiranya individu tidur sama ada kurang atau lebih dari jumlah tidur yang disyorkan, ia mungkin akan mengganggu keupayaan otak untuk menyingkirkan protein yang tidak lagi diperlukan sewaktu tidur.

Pakar juga mendapati bahawa kesan tempoh tidur ke atas otak sebenarnya turut mempunyai kesan yang sama seperti penuaan – yang merupakan salah satu faktor risiko terbesar apabila ia datang untuk membangunkan keadaan seperti Alzheimer.

Oleh yang demikian, kepentingan tidur tidak boleh diambil pada nilai muka sahaja. Tidur berkualiti adalah penting untuk otak beroperasi pada prestasi maksima.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd