360 Cawangan FamilyMart Di Seluruh Malaysia Tidak Lagi Menjual Alkohol Sejak Mac 2023

May 10, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Selari dengan pengumuman akan status halal yang diiktiraf oleh JAKIM yang diperoleh FamilyMart untuk kafe mereka, FamiCafe, jenama ini juga turut mengumumkan bahawa kesemua rangkaian FamilyMart iaitu sekitar 360 cawangan di seluruh Malaysia tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pelanggan.

Ini berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh proses mendapatkan sijil halal daripada JAKIM memerlukan jenama ini memenuhi beberapa kriteria penting termasuklah penyenaraian produk-produk yang dijual di dalam kedai serbaneka mereka.

Menurut Pengarah Urusan FamilyMart juga, jumlah jualan minuman alkohol di kedai serbaneka mereka tidak begitu tinggi dan ini dijangkakan tidak akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan keseluruhan FamilyMart pada tahun-tahun akan datang.

Tambah beliau, FamilyMart juga kini lebih memfokuskan kepada jualan produk dan makanan yang lebih sinonim dengan generasi masa kini seperti hidangan makanan panas, minuman kopi, teh mutiara dan sebagainya seperti yang ditawarkan menerusi kedai FamiCafe mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd