Peningkatan Harga llaollao Bagi Tahun 2023
Lina Rosli
Pada April 2022 yang lepas, llaollao Malaysia dilihat mula menampilkan menu yang telah dikemaskini pada laman rasmi mereka. Ia memperlihatkan sejumlah peningkatan bagi harga beberapa produk mereka.
Dan kini, berdasarkan perkongsian di Woodpeckers Asia, terdapat sedikit lagi peningkatan harga untuk penambahan toppings iaitu RM2.50 (Julai 2023) dan kini meningkat sebanyak RM1, menjadikan harga toppings tambahan kini bernilai RM3.50 setiap satu (September 2023).

Berikut adalah perbandingan harga untuk menu tahun 2021 dan tahun 2022:
Jika dibandingkan penawaran bagi tahun 2022 dan 2023, perubahan yang ketara adalah dari segi pembungkusan produk.
Kini, llaollao telah banyak memfokuskan kepada penawaran produk yang mudah untuk dibawa pulang. Ini termasuk pertukaran produk dibawah kategori Takeaway iaitu Take Home 500g dan Apple Takeaway yang kini tidak lagi berada di dalam menu kepada produk baharu iaitu:
- Single llaollao box 350g – RM29.90
- Twin llaollao box 700g – RM56.90
- Grab-N-Go 500ml – RM25.90

Bagi anda yang tidak mengetahui, llaollao ialah jenama francais yogurt beku Sepanyol yang diasaskan di Denia, Sepanyol. Ia menawarkan aiskrim yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan pilihan topping yang variasi termasuk buah-buahan, bijirin dan juga pelbagai jenis sos.
Untuk mencubanya, anda boleh mengunjungi kedai fizikal llaolao berdekatan anda atau dapatkan hidangan tersebut sama ada melalui pesanan atas talian di GrabFood dan juga Foodpanda.