Sebelum ini, Starbucks telah sedia mengumumkan peningkatan harga untuk minuman saiz venti mereka. Diikuti dengan McDonald’s yang turut memaparkan kenaikan harga bagi sejumlah hidangan mereka termasuk kon Sundae, Choco Dip, Sundae Strawberi dan Coklat serta McFlurry.
Baru-baru ini, tidak ketinggalan llaollao Malaysia dilihat mula menampilkan menu yang telah dikemaskini pada laman rasmi mereka. Berdasarkan perkongsian di Woodpeckers Asia, ia menunjukkan peningkatan harga yang agak ketara pada menu aiskrim yogurt mereka iaitu sebanyak RM1.45 untuk setiap hidangan.
Bukan itu sahaja, untuk sebarang toppings tambahan juga, anda perlu menambah sebanyak RM2.50 berbanding RM1.50 pada tahun sebelum ini.
Berikut adalah perbandingan harga untuk menu tahun 2021 dan tahun 2022:

Bagi anda yang tidak mengetahui, llaollao ialah jenama francais yogurt beku Sepanyol yang diasaskan di Denia, Sepanyol. Ia menawarkan aiskrim yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan pilihan topping yang variasi termasuk buah-buahan, bijirin dan juga pelbagai jenis sos.
Untuk mencubanya, anda boleh mengunjungi kedai fizikal llaolao berdekatan anda atau dapatkan hidangan tersebut sama ada melalui pesanan atas talian di GrabFood dan juga Foodpanda.