Terrace @ Boulevard Kini Dibuka Di Sunway Pyramid
Lina Rosli
Bagi anda yang mungkin mencari-cari tempat makan yang baharu di Sunway Pyramid, mungkin anda tidak ingin ketinggalan untuk menerokai satu ruang destinasi baharu di pusat beli-belah popular ini.
Untuk pengetahuan anda, Sunway Pyramid kini memperkenalkan Terrace @ Boulevard, destinasi kulinari baharu yang menghimpunkan pelbagai pilihan makanan dari jenama tempatan dan antarabangsa dalam suasana moden dan selesa.

Antara jenama yang tersedia:
- Aftermeal Desserts – Menawarkan pencuci mulut bertemakan Asia yang menyegarkan dan menarik.
- Seminyak by Warung Eropa – Hidangan asli dari Bali seperti Nasi Jinggo Empal Seminyak.
- Come True Café – Sajian kafe dengan menu eksklusif seperti Tiramisu Soufflé.
- Cili Kampung (akan datang) – Masakan kampung Melayu, termasuk Masak Lemak Daging.
- Pokok KL Café (akan datang) – Hidangan gabungan Timur dan Barat seperti spaghetti dan platter Asia.
Dengan pelbagai pilihan menarik di satu lokasi, Terrace @ Boulevard menjanjikan pengalaman makan yang berbeza untuk pengunjung Sunway Pyramid.
Untuk berkunjung ke Terrace @ Boulevard, destinasi ini terletak berdekatan dengan pintu utama Sunway Pyramid – bahagian kanan kedai pameran Zeekr dan bertentangan dengan restoran K-Fry.

Sebelum ini, Sunway Pyramid turut telah membuka ruang baharu iaitu Sunway OASIS, ruang beli-belah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih segar dan inovatif. Ia menampilkan reka bentuk bertemakan Neo-Mesir yang moden – sekaligus menjadikan OASIS tempat tarikan utama dalam kalangan pengunjung.
Dengan keluasan sebesar 300,000 kaki persegi, OASIS menghubungkan dua atrium utama di pusat beli-belah ini – Orange Atrium (Sun) dan Blue Atrium (Nile River). Di OASIS, anda boleh menemui pelbagai kedai dan jenama popular antarabangsa termasuk MUJI, ANTA, Taco Bell, Yakiniku Kuro dan banyak lagi.