5 Perisian Yang Boleh Digunakan Untuk Menyediakan Slaid Perbentangan

Jika anda lihat, sejak pandemik melanda di serata dunia, komunikasi dan perbincangan kini banyak dilakukan secara atas-talian.

Disebabkan perjumpaan dan interaksi yang perlu diterhadkan, alternatif atau medium seperti slaid perbincangan sangat memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugasan kerja, tugasan universiti ataupun simpanan prestasi peribadi.

person discussing while standing in front of a large screen in front of people inside dim-lighted room

Sebilangan besar daripada kita mungkin mengalami masalah dalam menyediakan slaid perbentangan yang menarik dan relevan. Oleh itu, Tajria hari ini ingin membantu anda untuk menampilkan slaid perbentangan yang lebih menarik dan bermaklumat untuk tugasan anda.

Canva

Canva adalah alat yang dilengkapi dengan ciri dan fungsi yang cukup mudah. Ia bukan sahaja menawarkan pelbagai alatan menarik malah ia juga hadir dengan beberapa templat contoh yang sesuai untuk anda pelajari bagi menghasilkan kempen pemasaran kandungan yang berkesan.

Anatra yang kandungan yang tersedia termasuk gambar dan kandungan untuk media sosial, resume dan juga slaid perbentangan mengikut kesesuaian saiz yang anda perlukan.

Bagi anda yang menginginkan akses yang lebih menarik, anda boleh mendapatkan Canva Pro pada harga RM515 setahun.

Layari: Canva

Visme

Seterusnya, Visme adalah satu alatan penyediaan perbentangan yang berasaskan awan atau cloud-based presentation tools.

Melaluinya, pengguna boleh mempelbagaikan rekaan atau susunan slaid dengan hanya menggunakan fungsi drag and drop dan menawarkan sistem analitik terbina.

Bagi yang berminat, Visme menawarkan pelbagai pakej percuma dan juga pakej berbayar atau langganan bulanan pada harga bermula RM83. Anda juga boleh mendapatkan demo langsung secara percuma untuk melihat bagaimana teknologi itu berfungsi sebelum anda mencubanya.

Layari: Visme

Prezi

Prezi pula adalah sebuah templat perbentangan yang hadir dengan pergerakan slide yang lebih unik jika dibandingkan dengan slaid menggunakan Microsoft Presentation, Keynote dan sebagainya.

Apabila anda menukar slaid, ia tidak hanya beralih ke slaid yang berikutnya, malah memetakan sesuatu kandungan dengan visual yang lebih menarik dan tidak bosan.

Bagi yang berminat, perisian ini ditawarakan secara percuma dan menawarkan langganan berbayar pada harga bermula RM28 sebulan.

Layari: Prezi

Genial.ly

Genial.ly adalah platform penciptaan media yang memfokuskan kepada perancangan dan perkongsian kandungan melalui persembahan infografik yang sesuai untuk menyediakan slaid perbentangan.

Ia hadir dengan pelbagai tawaran templat iaitu templat kosong biasa selain membawakan alatan tambahan seperti memuat-naik video, infografik, gambar interaktif, kuiz, dan banyak lagi.

Layari: Genial.ly

Emaze

Emaze adalah alat atau perisian unruk slaid perbentangan yang berasaskan web dan juga membawakan Chrome extension yang membolehkan pengguna membuat, menyimpan, dan berkongsi persembahan secara atas-talian.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat akaun percuma dan mengakses 38 templat animasi dan pilihan rekaan untuk slaid yang bersesuaian. Ia juga menawarkan pilihan alatan dalam bentuk 2D dan 3D.

Bagi yang berminat, perisian ini juga boleh diakses menerusi telefon bimbit dan tablet yang mana ia akan diselaraskan secara automatik dengan akaun emaze anda.

Layari: Emaze

Mana satu yang perlu anda guna/pilih?

Pemilihan penggunaan perisian ini bergantung kepada keperluan anda. Bagi pendapat saya sendiri, saya lebih menggemari Canva dan Prezi kerana antaramukanya lebih mudah untuk difahami.

Anda juga boleh melihat senarai aplikasi mudah alih yang boleh digunakan untuk menyunting video dan gambar:

5 Aplikasi Suntingan Percuma – Gambar Seakan Professional 

5 Aplikasi Suntingan Video Menerusi Peranti Mudah Alih- Sesuai Untuk IGTV, TikTok