Carian
Senarai Perkhidmatan Dan Perniagaan Yang Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKPB
November 8, 2020 Lina Rosli

Senarai Perkhidmatan Dan Perniagaan Yang Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang yang berlangsung pada 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

white and black printer paper

Berikut adalah senarai perkhidmatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi:

  1. Aktiviti Hiburan – Konsert dan panggung wayang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB.
  2. Seminar, bengkel dan persidangan atau aktiviti berkaitan MICE tidak dibenarkan. Kecuali dilaksanakan di dalam kawasan institusi atau pejabat yang hanya melibatkan ekspatriat dan C suites dan mematuhi penjarakkan fizikal.
  3. Semua aktiviti pendidikan tidak dibenarkan.
  4. Sukan dan rekreasi yang melibatkan sentuhan fizikal seperti aktiviti kolam renang dan berkelah, aktiviti kejohanan berpasukan dan bertempur.
  5. Aktiviti pelancongan yang melibatkan pergerakan keluar negeri atau daerah.
  6. Penganjuran majlis seperti majlis aqiqah, tahlil, kenduri, doa selamat, reunion, majlis sambutan kelahiran adalah tidak dibenarkan.
  7. Semua aktiviti yang melibatkan orang ramai hadir ke suatu tempat dan menyukarkan penjarakkan fizikal.
black swivel chair beside rectangular brown wooden desk

Berikut adalah senarai aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi dan dilaksanakan selama tempoh PKPB.

Bagi perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu memastikan operasi harian dilakukan mengikut syarat dan SOP yang diarahkan seperti melakukan pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal, menggunakan pelitup mukan dan pemakaian sanitizer.

Anda juga boleh mengetahui waktu operasi untuk perniagaan dan perkhidmatan di bawah sektor ekonomi sepanjang tempoh PKPB berlangsung.

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai sebarang kekeliruan mengenai SOP PKPB, anda juga boleh membaca – Soalan Popular PKPB – Ini Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Komen