Carian
Cekodok Bawang Mudah – Empuk Dan Rangup
April 27, 2020 Lina Rosli

Bagi anda yang sibuk dengan kerja dan mungkin tidak sempat untuk membuat sajian kuih-muih pada iftar nanti, cekodok bawang adalah pilihan terbaik untuk anda cuba. Ia bukan sahaja mudah, namun tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya.

Jika sebelum ini, Tajria telah berkongsi kepada anda cara penyediaan untuk cekodok pisang, jadi kali ini Tajria hadir dengan menu baru untuk sajian iftar anda iaitu Cekodok Bawang atau Cucur Bawang.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan yang mudah untuk resepi ini:

Bahan-bahan

  • 4 senduk tepung gandum
  • 5 ulas bawang meraj (dihiris atau dicincang halus)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris atau dicincang halus)
  • sedikit ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas

Cara Penyediaan

  1. Sediakan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Hiris dan cincang kesemua bahan dengan halus.
  2. Masukkan tepung kedalam besen atau mangkuk besar. Kemudian, masukkan bawang dan ikan bilis yang telah dihiris ke dalamnya. Campur dan gaulkan guna tangan bagi jus bawang dan ikan bilis terkena pada tepung.
  3. Kemudian, masukkan garam dan gaulkan sekali sehingga menyeluruh.
  4. Masukkan air panas ke dalam bekas tepung dan gaul sehingga sebati. Jika tidak cukup, anda boleh tambah air lagi dan pastikan ia tidak terlalu cair.
  5. Setelah selesai, panaskan minyak dan buka api pada suhu sederhana. Dengan ini, cekodok anda akan dimasak dengan baik yang mana lembut di dalam dan rangup di luar.
  6. Guna sudu untuk mendapatkan saiz yang anda gemar. Boleh kecil atau besar. Buat sehingga selesai dan anda boleh hidangkan cekodok bawang anda bersma sambal ikan bilis atau sambal tumis hijau mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

________________________________________________________________________

Baca sekali: Sajian Untuk Minum Petang – Resepi Sambal Tumis Hijau

Baca sekali: Menu Minum Petang – Cekodok Pisang

Komen