Carian
Flat Spotting – Adakah Berlaku Disebabkan Tayar Kereta Terbiar Lama Di Satu Tempat?
April 28, 2020 Lina Rosli

Flat Spotting – Adakah Berlaku Disebabkan Tayar Kereta Terbiar Lama Di Satu Tempat?

Sudah beberapa minggu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Bagaimana keadaan kereta anda? Sudahkah anda menghidupkan enjin untuk pagi ini? Adakah ia berada di dalam keadaan baik? Kereta atau kenderaan yang diletakkan di satu tempat pada tempoh yang lama boleh dikatakan agak berisiko untuk berlaku sesuatu yang tidak diingini. Sebagai contoh, flat spotting.

Apa itu flat spot?

Ia merujuk kepada bahagian tapak tayar yang sudah haus (worn out). Walaupun ia mungkin tidak dapat dilihat secara fizikal pada awalnya, tetapi pemandu mungkin merasakan terdapat benjolan (bumps), gegaran (thumps), atau getaran sewaktu kereta bergerak.

Apabila tayar anda flat spot, ia akan menyukarkan pemanduan kereta serta agak berbahaya untuk pemanduan yang jauh. Ia bahkan boleh menyebabkan kerosakan dan kemalangan tayar.

Bagaimana untuk mengetahui tayar anda mempunyai flat spot?

  1. Struktur tayar yang rata dan tiada angin terutama setelah lama diparkir.
  2. Getaran pada tayar sewaktu pemanduan terutamanya apabila kereta mula bergerak

Apakah yang menyebabkan flat spot?

Faktor utama yang boleh menyebabkan flat spot ini berlaku adalah meletakkan kenderaan terlalu lama di garaj simen atau parkir kereta. Sebelum ini, gerakan berterusan sewaktu memandu ini menghasilkan haba, yang menjadikan getah di tayar lebih lentur.

Walau bagaimanapun, setelah anda berhenti dan memarkir kereta anda untuk tempoh lama di tempat yang sama, kawasan tapak tayar yang menyentuh lantai, tanah atau simen boleh menjadi kaku. Keadaan ini akan bertambah teruk apabila berada dalam cuaca sejuk dengan faktor tekanan tayar yang sama ada terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Dua jenis flat spot: Sementara dan Separa Kekal

Terdapat dua jenis flat spot: sementara dan separa kekal. Keterukan tayar rata bergantung pada faktor seperti ukuran, beban, struktur dalaman, suhu persekitaran dan tempoh masa ia tidak bergerak.

Dalam kebanyakan kes, flat spot adalah sementara. Sekiranya kenderaan tidak bergerak selama beberapa hari atau minggu, kenderaan anda mungkin mengalami sedikit getaran untuk tempoh awal pemanduan mereka. Flat spot akan hilang apabila tayar telah mencapai suhu operasi dan kembali normal.

Namun, ia akan jadi separa kekal sekiranya tayar terbiar selama sebulan atau lebih. Ia adalah disebabkan oleh tempoh masa yang terlalu lama dengan suhu dan tekanan tayar rendah, boleh menyebabkan tayar rata menjadi lebih teruk sehingga pemanduan biasa tidak dapat mengubah bentuknya kepada bentuk yang asal.

Bagaimanakah untuk mengelakkan ia berlaku?

Jadi untuk mengelakkan flat spotting, gunakan tire cradle yang boleh menahan bentuk tayar anda. Atau jika anda tidak mahu melabur untuk tayar anda, anda perlu menggerakkan kereta dan memandu untuk mengelakkan tayar rata.

Selain itu, anda juga boleh mengekalkan tekanan tayar pada tahap betul untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya flat spotting.

________________________________________________________________________

Jjika anda hendak memarkir kereta anda dalam jangka masa yang lama tanpa memandu, maka tingkatkan sedikit tekanan inflasi tayar sebanyak +0.2 bar sebelum meletakkannya di tempat letak kereta bagimembantu mengurangkan kemungkinan flat spotting.

Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk tidak membiarkan kenderaan anda terlalu lama tersadai sehingga melebihi tekanan inflasi sejuk maksimum yang disyorkan untuk tayar anda.

Baca juga: Kenapa Kereta Boleh Berkarat? , Perlukah Menghidupkan Enjin Kereta Jika Tidak Menggunakannya Untuk Tempoh Lama?

Rujukan: Continental Tyres

 

Komen