Lina Rosli Diterbitkan 30 July 2021

Lihat Sama Ada Anda Memakai Pelindung Matahari Yang Betul

Menggunakan pelindung matahari yang betul setiap hari dapat mengurangkan risiko kemudaratan pada kulit anda. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai jenis pelindung matahari yang telahpun dijual di pasaran.

Perbezaan ini merangkumi:

  1. Struktur produk iaitu pelindung matahari kimia dan juga fizikal.
  2. Asas bahan yang tersedia di dalam produk sama ada losyen, semburan, gel dan krim.
  3. Nilai SPF yang berlainan.
  4. Rekaan pembungkusan sama ada menerusi tiub ataupun botol silider

Ketahui Pelindung Matahari Manakah Yang Bersesuaian Untuk Kulit

Untuk mempermudah membeli pelindung matahari, American Academy of Dermatology telah berkongsi proses yang diperlukan oleh setiap individu sewaktu membeli pelindung matahari di farmasi.

Berikut adalah 2 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencari pelindung matahari yang sesuai untuk anda.

Langkah 1: Kenalpasti 3 Perkara Penting

Untuk melindungi kulit dari sinaran berbahaya matahari, anda perlu menggunakan pelindung matahari yang menawarkan semua perkara berikut:

  • SPF 30 (atau lebih tinggi)
  • Perlindungan spektrum luas (UVA / UVB)
  • Mempunyai ketahanan air

Berdasarkan kajian, ia menunjukkan bahawa penggunaan pelindung matahari secara kerap sewaktu melakukan aktiviti luar dapat mengurangkan risiko:

  • Kanser kulit seperti melanoma
  • Pertumbuhan kulit pra-kanser
  • Tanda-tanda penuaan kulit pramatang seperti bintik-bintik usia dan kedutan
  • Selaran matahari
  • Melasma
  • Tompok gelap yang muncul ketika jerawat

Tompok-tompok gelap pada kulit anda yang dapat muncul ketika jerawat, psoriasis, atau keadaan lain hilang

Langkah 2: Pertimbangkan jenis, keadaan dan keperluan kulit

Untuk mencari pelindung matahari yang sesuai untuk anda, anda perlu mempertimbangkan keperluan dan jenis kulit yang anda alami.

Senarai berikut dapat membantu anda untuk senarai pendek pilihan anda bagi memudahkan anda mencari pelindung matahari yang bersesuaian.

Kulit  berjerawat dan berminyak

Cari perkataan “non-comedogenic” atau “tidak menyumbat liang kulit” pada pek pembungkus.

Non-comedogenic adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan produk penjagaan kulit yang diformulasikan dengan bahan yang tidak menyebabkan penyumbatan pori dan jerawat.


Kulit dengan reaksi alergi dan sensitif

Elakkan pelindung matahari yang mengandungi wangian, PABA, parabens, atau oxybenzone (benzophenone-2, benzophenone-3, diosybenzone, mexenone, sulisobenzone, atau sulisobenzone sodium).

Kulit kering

Cari pek pembungkus pelindung matahari yang menawarkan elemen pelembap atau menyatakan sesuai untuk kulit kering pada label.

Perlindungan di sekitar mata

Untuk mengelakkan pelindung matahari menetes ke mata anda, gunakan pelindung matahari yang mempunyai ketahanan air yang baik. Ia bagi mengelakkan keradangan pada mata akibat kimia.

Kanak-kanak

Gunakan pelindung matahari yang dibuat untuk kanak-kanak. Sebilangan besar mengandungi zink oksida dan titanium dioksida.

Rosacea

Gunakan pelindung matahari yang hanya mengandungi zink oksida dan titanium dioksida. Banyak pelindung matahari untuk kanak-kanak hanya mengandungi 2 ramuan ini.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu risau untuk memilih mana-mana pelindung matahari yang bersesuaian. Untuk mengetahui cara pemakaian yang betul, anda boleh baca di sini.