Rangkaian kopi yang memfokuskan teknologi Malaysia, ZUS Coffee meneruskan sambutan ulang tahunnya yang ke-3 dengan inisiatif Jom Undi yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang mengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
ZUS Coffee akan memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan menawarkan pelanggan potongan 15% untuk pembelian minuman dalam aplikasi pada 19 November.

Anda boleh menebus ganjaran ini melalui pesanan terus di aplikasi ZUS Coffee yang mana pelanggan hanya perlu menggunakan kod ZOMVOTEMSIA untuk menebus diskaun istimewa.
Menarik bukan? Selain ZUS Coffee, terdapat beberapa lagi jenama dan restoran lain yang turut menawarkan promosi sempena PRU15 pada Sabtu ini seperti IKEA Malaysia, Kopi Saigon, Secret Recipe, Tealive dan banyak lagi!
Baca: IKEA Menawarkan Aiskrim Percuma Sempena PRU15 // Selesai Mengundi? Tunjuk Dakwat Pada Jari Dan Nikmati Promosi Menarik Di 9 Kedai Ini