Semalam, Tajria telah berkongsi kepada anda Bazar Ramadan Putrajaya yang menyajikan sehingga 1000 juadah untuk berbuka puasa.

Hari ini, tiba masanya untuk rakyat Terengganu untuk meninjau ke Bazar Ramadan Batu Enam yang mana anda boleh mendapati pelbagai sajian makanan dan minuman unik untuk dinikmati bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Di bazar ini, Tajria ingin berkongsi 5 juadah istimewa yang mungkin menarik perhatian anda untuk mencubanya. Antaranya adalah:

Burger Goreng

Bagi yang tidak pernah mencuba Burger Goreng, Bazar Ramadan Batu Enam ini menawarkan sajian burger daging yang disaluti dengan lapisan rangup pada bahagian luar.

Berbeza dengan pilihan burger yang lain, ia digoreng menggunakan kaedah masakan deep fried sekitar 4 hingga 5 minit atau sehingga warna kelihatan perang keemasan. Setelah semuanya masak, ia memberikan tekstur roti yang lebih menarik bagi setiap gigitan.

Murtabak Kubis

Selain itu, antara juadah unik yang sempat kami singgah adalah Murtabak Kubis. Sekiranya anda ingin mencuba juadah ini, Murtabak Kubis ini membawakan bahan-bahan utama iaitu adunan tepung, daging kisar, bawang, telur dan juga kobis.

Apam Balik Telur

Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan Apam Balik yang menggunakan satu biji telur sebagai intinya.

Jika dilihat proses penyediaannya, Apam Balik tersebut dimasak seperti biasa. Cuma apa yang membezakannya adalah pekedai akan menggaul telur tesebut selepas kepingan luar apam telah masak. Kemudian mereka meletakkan gula dan juga jagung sebagai pelengkap rasa hidangan.

Selain daripada makanan, Bazar Ramadan Batu Enam ini turut membawakan hampir puluhan jenis air termasuklah jus bua-buahan yang disediakan segar menggunakan buah-buahan asli dan bukannya kordial.

Jangan ketinggalan juga untuk mendapatkan kuih-kuih tradisional masyarakat Terengganu seperti nekbat, puteri mandi, tok aji serban dan banyak lagi. Pastikan juga anda mematuhi SOP yang dilaksanakan sepanjang berada di bazar.

Sekiranya anda mempunyai cadangan bufet Ramadan menarik yang lain di seluruh Malaysia, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria. Anda hanya perlu pergi ke halaman utama Tajria dan klik ‘Tulis’.