Di acara Galaxy Unpacked 2024, Samsung telah memperkenalkan Galaxy AI yang mana ia memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan secara terbina di dalam peranti siri Samsung Galaxy S24.
Terdapat tiga fungsi menarik yang boleh anda terokai menggunakan Galaxy AI iaitu Notes Assist, Chat Assist dan Call Assist.
Dan untuk artikel ini, Tajria akan mendedahkan kepada anda, apakah kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Notes Assist pada siri Samsung Galaxy S24.

Baca juga: Komunikasi Tanpa Sempadan Menerusi Fungsi Chat Assist Di Samsung Galaxy S24
Baca juga: Galaxy AI Hadir Dengan Fungsi Call Assist – Bantu Buat Panggilan Dalam Berlainan Bahasa
Notes Assist Pada Samsung Galaxy S24 Ultra 5G
Secara jujurnya, apabila Tajria menyaksikan demo yang dikongsikan oleh Samsung, tidak dinafikan yang mana kehadiran fungsi Notes Assist ini bukan sahaja akan memudahkan pengguna untuk menguruskan dan menyusun kandungan untuk mesyuarat, tetapi juga menjadikan pengalaman penggunaan Samsung Notes menjadi lebih variasi dan mengasyikkan.
Untuk pengetahuan anda, fungsi Notes Assist ini telah ditawarkan terbina pada Samsung Galaxy S24 Ultra 5G yang mana anda tidak perlu memuat-turun aplikasi pihak ketiga di dalam peranti untuk menggunakannya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya membuka Samsung Notes di peranti, kemudian pilih dokumen sedia ada atau dokumen baharu bagi mula menggunakan Notes Assist.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh Note Assist termasuklah:
- Auto Correct (Membetulkan Auto)
- Auto Format (Memformat Auto)
- Auto Translate (Menerjemah Auto)
- Summarize (Meringkas)
Menyemak Ejaan Perkataan Menggunakan Auto Correct
Fungsi Auto Correct (Membetulkan Auto) di Note Assist ini boleh dikatakan antara fungsi yang penting untuk kebanyakan individu – lebih-lebih lagi untuk penulis seperti saya.
Menerusinya, pengguna boleh menyemak terlebih dahulu dokumen ataupun mesej sebelum dikongsikan kepada orang ramai.

Untuk menggunakan ini, sekiranya anda nota yang anda ingin perbaiki adalah nota yang ditulis tangan, anda boleh menukarkannya kepada bentuk teks.
Kemudiannya, untuk perbaiki kandungan yang mempunyai kesalahan ejaan, anda hanya perlu menekan ikon “bintang”, dan fungsi ini akan melakukan magis kepada dokumen berkenaan.


Malah, anda turut boleh mengubah jenis penulisan atau writing style mengikut situasi yang anda ingin padankan – bergantung kepada formaliti kandungan seperti:
- Formal – sesuai digunakan untuk dokumen atau mesej yang melibatkan komunikasi bersama klien atau sewaktu urusan rasmi.
- Kasual – sesuai untuk kegunaan komunikasi harian biasa.
- Sopan – berbeza dengan tona formal, tona ini lebih merujuk kepada penggunaan bahasa dan kosa kata yang lebih sopan.
- #sosial – mengandungi elemen yang sesuai untuk perkongsian di media sosial seperti emoji dan tagar.
- Emojify – menukar perkataan yang tertentu kepada emoji.

Minit Mesyuarat Atau Nota Perbincangan Lebih Versatile Menerusi Auto Format
Selain daripada memperbaiki kesalahan ejaan pada mesej atau dokumen, anda juga turut menukar format penulisan kepada beberapa jenis seperti:
- Nota dengan tajuk dan sub-topik kecil
- Nota dengan tajuk dan highlight
- Nota dengan format asas
Untuk ciri ini, anda boleh memilih sehingga 5 templat berbeza bergantung kepada keperluan dan kesesuaian agenda.


Terjemah Nota Kepada Bahasa Yang Anda Inginkan Menerusi Auto Translate
Untuk fungsi Auto Translate ini, Samsung menyatakan bahawa pengguna boleh memuat-turun sehingga 100 bahasa untuk terjemahan.
Apa yang perlu anda lakukan adalah:
- Pergi ke Settings peranti.
- Pilih Language atau Bahasa.
- Muat-turun pek bahasa yang dinginkan untuk digunakan.
Ringkaskan Dokumen Untuk Fahaman Yang Lebih Mendalam Menggunakan Ciri Summarize
Sekiranya anda mempunyai sebarang dokumen yang ingin diringkaskan, anda boleh menggunakan fungsi Summarize untuk mengetahui kandungan apa yang disampaikan di dalam dokumen berkenaan.
Anda boleh menetapkan atau memilih untuk meringkaskan seberapa banyak kali dengan cara; memilih dokumen yang ingin diringkaskan. Kemudian pilih summarize dan lihat hasil ringkasan.
Sekiranya anda ingin meringkaskannya lagi, hanya perlu lakukan langkah yang sama beberapa kali sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Secara keseluruhannya, fungsi Notes Assist ini bukan sahaja memudahkan anda untuk mendapatkan hasil yang lebih pelbagai menggunakan teknologi kecerdasan buatan, tetapi juga menguruskan dokumen dan nota dengan lebih efisien.
Untuk menggunakannya, anda boleh mendapatkannya secara terbina pada siri Samsung Galaxy S24.