Carian
Galaxy AI Hadir Dengan Fungsi Call Assist – Bantu Buat Panggilan Dalam Berlainan Bahasa
January 18, 2024 Lina Rosli

Tahukah anda bahawa kini anda boleh berbual dengan individu yang berbahasa lain dengan menerusi panggilan telefon?

Untuk menikmati pengalaman serba mudah ini, Samsung menerusi Galaxy AI telah memperkenalkan fungsi Call Assist.

Menerusi fungsi Call Assist, anda boleh berinteraksi dengan secara mudah sama ada ketika melakukan tempahan hotel ataupun slot lawatan ke lokasi menarik ketika berada di luar negara.

Menurut Samsung, ciri Call Assist (termasuk Note Assist dan Chat Assist) terjemahannya tidak memerlukan sambungan kepada internet. Ini sekaligus dapat dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua tempat anda berada.

Cara Menggunakan Fungsi Call Assist Di Samsung Galaxy S24

Secara umumnya, anda boleh terus menggunakan fungsi Live Transcript sewaktu membuat panggilan. Namun, harus diingatkan, anda perlu memilih bahasa terlebih dahulu bagi membantu peranti mengenalpasti bahasa yang ditutur oleh si pemanggil.

Sewaktu berhubung, anda boleh meletakkan panggilan pada mod Speaker. Kemudian, tekan pada fungsi Live Transcript.

Selepas itu, anda boleh mula bercakap dalam bahasa yang anda sedia guna, dan Call Assist akan menerjemah bahasa yang ditutur dalam bentuk teks.

Sekiranya anda mendapati terdapat kesilapan kecil pada ayat yang diterjemah, anda boleh meminta si pemanggil untuk mengulang semula ayat yang ditutur. Ini sekaligus ia akan memberikan hasil terjemahan perbualan yang lebih tepat.

Baca juga: Komunikasi Tanpa Sempadan Menerusi Fungsi Chat Assist Di Samsung Galaxy S24

Baca juga: Bagaimana Cara Menggunakan Fungsi Note Assist Pada Siri Samsung Galaxy S24?

Komen