Carian
Komunikasi Tanpa Sempadan Menerusi Fungsi Chat Assist Di Samsung Galaxy S24
January 18, 2024 Lina Rosli

Untuk acara Galaxy Unpacked 2024 kali ini, teknologi utama yang telah diperkenalkan oleh Samsung adalah Galaxy AI yang mana ia memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan secara terbina di dalam peranti siri Samsung Galaxy S24.

Terdapat tiga fungsi menarik yang boleh anda terokai menggunakan Galaxy AI iaitu Note Assist, Chat Assist dan Call Assist.

Dan untuk artikel ini, Tajria akan mendedahkan kepada anda, apakah kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Chat Assist pada siri Samsung Galaxy S24.

Baca juga: Bagaimana Cara Menggunakan Fungsi Note Assist Pada Siri Samsung Galaxy S24?

Baca juga: Galaxy AI Hadir Dengan Fungsi Call Assist – Bantu Buat Panggilan Dalam Berlainan Bahasa

Terjemah Dan Balas Mesej Hanya Pada Satu Tempat Sahaja

Dengan adanya Galaxy AI, anda tidak lagi perlu keluar daripada aplikasi permesejan untuk sama ada menerjemah ataupun menukar bahasa komunikasi lain. Ini kerana menerusi fungsi Char Assist, anda boleh terus memahami mesej orang lain (yang menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Inggeris).

Bagaimana untuk menggunakannya? Mudah sahaja, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi translate ini pada Samsung Keyboard anda. Dan kemudian pilih bahasa yang digunakan di dalam pek bahasa yang telah dimuat-turun.

Antara bahasa yang ditawarkan untuk terjemahan termasuklah bahasa Korea, Jepun, Vietnam, Jerman, Hindi, Polish dan banyak lagi lebih daripada 17 bahasa yang boleh anda dapatkan.

Apa yang menarik juga menggunakan Chat Assist ini adalah anda hanya perlu menaip mesej yang ingin disampaikan di dalam bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa yang anda fahami – fungsi ini akan menerjemahnya secara terus pada aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, Kakao Talk dan juga Line.

Malah, anda turut boleh mengubah jenis penulisan atau writing style mengikut situasi yang anda ingin padankan – bergantung kepada formaliti kandungan seperti:

  • Formal – sesuai digunakan untuk dokumen atau mesej yang melibatkan komunikasi bersama klien atau sewaktu urusan rasmi.
  • Kasual – sesuai untuk kegunaan komunikasi harian biasa.
  • Sopan – berbeza dengan tona formal, tona ini lebih merujuk kepada penggunaan bahasa dan kosa kata yang lebih sopan.
  • #sosial – mengandungi elemen yang sesuai untuk perkongsian di media sosial seperti emoji dan tagar.
  • Emojify – menukar perkataan yang tertentu kepada emoji.

Menarik bukan? Dengan adanya fungsi Chat Assist ini, ia bukan sahaja memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan orang lain, tetapi juga menjimatkan masa anda untuk pergi ke aplikasi lain untuk menerjemah mesej yang ingin disampaikan – tidak perlu ke aplikasi pihak ketiga.

Untuk menggunakannya, anda boleh mendapatkannya secara terbina pada siri Samsung Galaxy S24.

Komen