5 Aplikasi Pengimbas Dokumen Yang Boleh Dimuat-Turun Di Peranti Mudah-Alih
Pada zaman ini, jarang sekali kertas fizikal menjadi keperluan. Aplikasi pengimbasan dokumen terbaik dapat membantu anda beralih ke pejabat tanpa kertas, menukar kertas kerja menjadi PDF untuk penyimpanan dokumen digital atau dalam talian.
Namun, untuk pengimbasan dokumen, anda tidak perlu melabur dalam perisian dan perkakasan OCR tetapi sebaliknya boleh menggunakan aplikasi yang tersedia untuk peranti mudah alih.
Adobe Scan
Aplikasi Adobe Scan adalah sebuah aplikasi pengimbas dokumen yang sangat berguna untuk anda yang ingin membuat penyimpanan untuk fail dokumen secara digital.

Melaluinya, anda boleh melakukan beberapa suntingan kecil seperti memperbetulkan warna dan tekstur dokumen supaya lebih jelas dan lebih kelihatan.
Seperti pengimbas dokumen yang lain, Adobe Scan adalah aplikasi peranti mudah alih yang boleh dimuat-turun melalui kedai atas-talian Play Store dan juga App Store. Salinan dokumen yang diimbas akan menjadi fail PDF.
Setelah selesai mengimbas, pengguna boleh menghantar fail yang diimbas melalui laman sosial, e-mel dan memuat naiknya ke storan awan.
Muat turun: Adobe Scan di Play Store, Adobe Scan di App Store
CamScanner
CamScanner adalah aplikasi yang mengubah kamera peranti mudah alih anda menjadi pengimbas dokumen.
Melaluinya, anda boleh mengimbas pelbagai dokumen seperti invois, gambar dan banyak lagi dan mengubahnya menjadi fail PDF.

Terdapat juga penapis dan alat suntingan yang membolehkan anda menambahkan anotasi dan tera air pada dokumen untuk menjadikannya lebih profesional. Selain itu, anda juga boleh menambahkan kod laluan ke dokumen.
Salina dokumen secara automatik akan dimuat-naik ke dalam perkhidmatan awan seperti Box, Google Drive, Dropbox, Evernote dan OneDrive.
Untuk versi asas, ia ditawarkan secara percuma. Namun, anda juga boleh menukar dan melanggan akaun Premium untuk tawaran yang lebih maju.
Anda boleh memuat turun CamScanner di Play Store, dan App Store
PhotoScan By Google Photos

PhotoScan adalah aplikasi pengimbas baru dari Google Photos yang membolehkan anda mengimbas dan menyimpan gambar bercetak kegemaran menggunakan kamera telefon pintar sendiri.
Selain gambar, ia juga membenarkan pengguna untuk melakukan imbasan dokumen dengan lebih mudah. Ia akan mengurus dan melakukan pembetulan perspektif untuk dokumen yang diimbas.
PhotoScan oleh Google ini adalah aplikasi percuma yang tersedia untuk Android dan iOS. Bagi yang berminat, PhotoScan akan menyunting gambar dan menggunakan teknologi neural Google untuk meningkatkan kualiti gambar.
Anda boleh memuat turun PhotoScan di Play Store, dan App Store
Microsoft Office Lens Scanner

Office Lens adalah aplikasi pengimbas yang direka untuk pengguna Android dan juga iOS.
Ia boleh dimuat-turun secara percuma terbaik yang mana pengguna boleh menangkap dan mengimbas dokumen dengan cepat dan menukar gambar ke fail PDF, Word atau PowerPoint.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyimpan fail anda ke OneNote, OneDrive dan juga storan dalaman anda sendiri.
Menariknya, ia boleh mengekstrak kandungan yang diimbas dalam variasi bahasa seperti bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol dan Cina Ringkas.
Muat turun: Adobe Scan di Play Store, Office Lens di App Store
Smart Doc Scanner
Aplikasi ini adalah salah satu aplikasi pengimbas dokumen untuk peranti Android yang paling dicadangkan.
Smart Doc Scanner membolehkan anda mendigitalkan dokumen menggunakan peranti mudah alih dengan hanya beberapa proses sahaja.

Ia juga dilengkapi dengan antaramuka intuitif, ciri pemprosesan gambar yang pantas dan mod kontras yang baik untuk hasil gambar yang memuaskan.
Ia merangkumi banyak ciri penting untuk pengimbasan dokumen termasuk sokongan untuk OCR membaca teks dari gambar dalam lebih dari 40 bahasa dan juga termasuk pemeriksaan ejaan. Anda boleh menetapkan ukuran halaman, mengaktifkan mod pengimbasan kumpulan dan ciri crop dan zoom untuk mengimbas halaman dengan cara yang lebih baik.
Bagi yang berminat anda boleh muat turun aplikasi Smart Doc Scanner di Play Store dan App Store bermula hari ini!
Berikut adalah beberapa senarai aplikasi dan perisian yang boleh anda cuba apabila ingin mengimbas dokumen dan gambar penting.
Anda juga boleh melihat senarai aplikasi mudah alih yang boleh digunakan untuk menyunting video dan gambar:
- 5 Aplikasi Suntingan Percuma – Gambar Seakan Professional
- 5 Aplikasi Suntingan Video Menerusi Peranti Mudah Alih- Sesuai Untuk IGTV, TikTok
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat senarai aplikasi dan perisian yang boleh digunakan untuk menyediakan slaid perbentangan.